Para peserta Latihan RIMPAC

Kumpulan tempur pengangkut USS Abraham Lincoln bersama-sama kapal-kapal daripada Australia, Kanada, Chile, Jepun, dan Korea Selatan semasa RIMPAC 2000.

Edisi sulung latihan RIMPAC telah diadakan pada tahun 1971, yang mana melibatkan pasukan tentera daripada Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom (UK), dan Amerika Syarikat. Australia, Kanada, dan AS terlibat dalam semua latihan RIMPAC siejak tahun ini. Para peserta biasa yang lain adalah Chile, Colombia, Perancis, Indonesia, Jepun, Malaysia, Belanda, Peru, Singapura, Korea Selatan, dan Thailand. Tentera Laut Diraja New Zealand mula melibatkan diri secara kerap sehingga pertikaian kapal-kapal nuklear ANZUS 1985 mula timbul, tetapi mula menyertai semula dalam latihan RIMPAC terbaharu iaitu pada tahun 2012, 2014 dan 2016.

Beberapa negara pemerhati lain selalunya juga dijemput termasuk China, Ecuador, India, Mexico, Filipina, dan Rusia, yang mana menjadi peserta aktif untuk pertama kali pada tahun 2012.[2] Meskipun tidak meyumbangkan sebarang kapal, negara pemerhati dalam latihan RIMPAC terlibat pada tahap strategik dan menggunakan peluang ini untuk persediaan bagi penglibatan penuh pada masa depan.

Kontigen daripada Amerika Syarikat termasuk sebuah kumpulan penyerang pengangkut pesawat, kapal selam, sehingga seratus buah pesawat dan 20,000 kelasi, daripada Marin AS, Pengawal Pantai dan para pegawai mereka. Saiz latihan berbeza dari tahun ke tahun.

Rujukan

WikiPedia: Latihan RIMPAC http://news.navy.gov.au/en/Jun2014/Fleet/1142/Air-... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://indianexpress.com/article/india/india-news-... http://www.isightpartners.com/team/patrick-m-walsh... http://www.military.com/daily-news/2014/05/08/23-n... http://news.nationalpost.com/2014/07/15/navy-ship-... http://www.naval-technology.com/features/featureri... http://www.naval-technology.com/features/featureri... http://ottawacitizen.com/news/national/defence-wat... http://www.staradvertiser.com/news/breaking/201406...